Aug 30, 2007

senggang semalam ;p

Suatu hari, balik je dari Convest Hill, saya terus capai pen dan kertas. Lalu terhasillah 'benda alah' kat bawah ni. Hehe ^_^

Well, baru saya pasan, skill lukih saya tak bape nak baguih dewasa ni [mungkin sebab skang ni banyak sangat membaca, dan kurang melukis [ayat optimis..haha]

Inilah visualisasi minda seorang saya: ALONG yang suka membayangkan tentang sebuah masa yang akan dihadapi [kelak]




----------

Cikgu Din cakap, masa memanah, kita hendaklah membayangkan warna kuning kat target face. Bila terbayang-bayang, otak akan proses dan akan mengawal tindakan kita. Jika betul cara dan gayanya, mesti dapat skor 10.





Macam sebuah impian juga. Jika selalu diingat dan dibayangkan, ia akan membantu untuk mendorong tindakan dan perbuatan kita. Minda mempengaruh kuat setiap tindakan, dan akan membantu untuk menyediakan fizikal, mental juga emosi seseorang dalam menghadapi setiap sasaran hidup.

Tapi, kena ingat juga, walaupun minda mengawal tindakan kita, ia tak bermakna memberi lesen untuk buat semua perkara secara hentam keromo. Kita masih boleh nak menepis perkara-perkara yang tak elok, yang takde faedah dan sebagainya.

Bagaimana?

Aaaaa...minda kena ada filter. Macam air mineral tu, banyak tapis dan sulingannya, supaye akan terhasil air yang bersih dan jernih. Filter tu pulak kenalah kuat, supaya bukan semua elemen dan fikir-fikir yang buruk ni dapat pengaruh tindakan dan perangai kita.

Adakan filter dan perisai hidup kita seperti ilmu agama contohnya. Ilmu terutamanya ilmu agama, akan membuka lebih ruang rasional dan spiritualiti untuk menjaga kita daripada terpengaruh dari perkara-perkara batil dan kurang berfaedah :)

Lebih kurang begitu analoginya :)

-----------------

Bila ada matlamat, dan ada plan sendiri, itu dah memastikan 'one step be forward'. Dan, ada ruang dan peluang yang tinggal nak dikerjakan. diusahakan lebih dan dicari semaksimanya.

Langsung, siapkan plan dalam jangka masa terdekat, dan panjang. InsyAllah, setiap impian yang mulus dan suci, takkan Tuhan sia-siakan.

Yang penting kita MAHU mencapainya, dan TAHU bagaimana nak memiliki tiap impian kita ^_^

4 comments:

Unknown said...

hoho aku punya impian.. mungkin terlalu keanak-anakan tetapi akan berusaha gak capai impian tuh..

nak beli airwolf
nak beli delorean back to the future
nak dekat kepala nih ade cip.. macam 1511 H kombat
nak [ terpaksa dirahsiakan sbb lagi radikal :P ]
nak keamanan.. perhaps.
nak hidup bahagia ngan family.. petang2 makan waffle sambil main game ngan family.. dan game tuh.. ade unsur2 islamik...

nice analogy and nice entry.

haha dan sekarang.. usaha, lif kejayaan.

Anonymous said...

filter minda dengan iman.
filter hati dengan iman.

:)

fiter lenny dengan persoalan.
hasilnya lenny yang pelik.

:))

Mentor_ulung said...

yaiy...bagus beno lah hang ni ikhwan. minda superb. bleh share impian?? wakaka :P

erm, betul lah...lif tangga kejayaan, tapi lif selalu rosak..amcam?? :P

Mentor_ulung said...

lenny :)

persoalan mendewasakan, membuka 'rigidity dan kreativitas' minda :)

langsung, apa yg menjadikan ia pelik ye?? mau kongsi?? [menarik ni] ^_^ V